Tuesday 5 September 2017

epay : Cara top up app Grab Driver

Terdapat banyak cara nak top up app Grab Driver dan salah satu cara ialah secara online iaitu melalui epay. Epay ni memudahkan Grab Driver kerana anda boleh top up bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Janji ada internet. Untuk pengetahuan, app UBER Driver TIDAK perlu top up seperti app Grab Driver. Pastikan anda mempunyai akaun Grab Driver yang aktif supaya anda boleh top up. 

Kenapa perlu top up app Grab Driver untuk pemandu ni? Setiap kali anda selesai trip, grab akan ambil 20% daripada tambang yang Grab Driver terima. Jika bayaran dari Grab Rider adalah melalui tunai, macam mana grab nak ambil 20%? Grab akan ambil melalui top up app Grab Driver ini (Credits). Katakan, tambang bagi satu trip adalah RM10. Grab Rider bayar tunai kepada Grab Driver. Semua RM10 Grab Driver akan ambil. Bahagian Grab sebanyak 20% dari RM10, iaitu RM2 akan di ambil dari top up grab ini. 


Cara top up app Grab Driver mengguna EPAY

1. Download app ePay terlebih dahulu.
    Android : Klik di sini
    iPhone : Klik di sini

2. Selesai install? Klik Sign Up


3. Anda perlu sign up/register terlebih dahulu. Masukkan info yang diperlukan. Selesai? klik NEXT


4. Tahniah. Anda telah selesai sign up/register. Ini adalah paparan utama bagi ePay.


5. Klik ikon Troli. Klik "Others (Grab, TMGo, Njoi)"


6. Klik Grab


7. Terdapat 3 pilihan bagi nilai top up. Sebagai contoh, pilihan yang dibuat adalah RM20. Klik Grab RM20.


8. Jika anda ingin menggunakan Kad Kredit, anda perlu pilih "Credit Card VISA/Mastercard". Jika anda menggunakan Internet Banking, anda perlu pilih "Direct Debit FPX". Sebagai contoh. pembayaran Grab RM20 menggunakan Internet Banking, pilihan "Direct Debit FPX" dibuat dan klik "PAY NOW".


9. Klik Proceed


10. Klik bank pilihan anda. Sebagai contoh, pembayaran di buat menggunakan Maybank.


11. Anda akan di bawa ke halaman bank pilihan anda. Log in ke dalam Internet Banking anda.


12. Secara automatik page ini akan dipaparkan. Anda tidak perlu membuat sebarang pilihan. Klik "Continue".


13. Klik "Request for TAC"


14. Sekiranya pembayaran berjaya, klik "Continue with Transaction"


15. Klik "Return to FPX"


16. Anda telah selesai membuat pembayaran top up Grab RM20. Anda akan kembali ke epay, Copy no Pin yang diberikan.


17. Sekarang, anda buka app Grab Driver anda dan klik GrabPay Wallet.


18. Klik Credits


19. Klik Top-up with pin.


20. Masukkan/Paste no pin yang anda dapat dari ePay dan klik CONFIRM.


21. Anda telah berjaya top up app Grab driver anda.


22. Semak baki Credits anda.


Selain itu anda boleh dapatkan no pin top up Grab di Petronas atau 7 Eleven. Selamat mencuba dan selamat memandu.


epay : Cara top up app Grab Driver

Terdapat banyak cara nak top up app Grab Driver dan salah satu cara ialah secara online iaitu melalui epay. Epay ni memudahkan Grab Driver ...