Tuesday 8 August 2017

Suai Kenal Uber & Grabcar

ubergrabcar

Uber adalah sebuah syarikat yang mula dibina pada tahun 2009 oleh Travis Kalanick di USA. Idea tercetus apabila pada tahun 2008 semasa di Paris, Travis mengalami kesukaran untuk mendapatkan teksi. Dalam kepala dia terus terfikir, "kenapa aku tak boleh 'tap' sekali je dekat fon dan teksi boleh terus datang." Dari idea ini, travis dan beberapa kawannya memulakan syarikat Uber yang bernilai 60 billion USD sekarang, dan sudah berada di hampir 66 negara seluruh dunia.

daftaruber

Grabcar atau dikenali sebagai MyTeksi dibina oleh Anthony Tan yang berasal dari Malaysia pada tahun 2012. Bermula di Malaysia, Grabcar berkembang ke negara-negara South East Asean (SEA) yang lain seperti Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam dan Jakarta. Walaupun Grab tidak sebesar Uber, namun permintaan Grab semakin berkembang di 6 buah negara ini.

daftargrab

Matlamat Uber dan Grab adalah sama. Mereka memudahkan penumpang untuk menempah pengangkutan dengan 'tap' pada smartphone sahaja. Bezanya adalah pemandu-pemandu Uber atau pun Grab tidak membawa kenderaan bewarna merah atau kuning, mereka membawa kenderaan sendiri untuk menghantar penumpang ke destinasi. Jika ingin menjadi pemandu Uber atau Grab, anda perlu memenuhi keperluan-keperluan tertentu yang dikehendaki oleh pihak syarikat untuk memastikan keselamatan penumpang dan juga pemandu.


epay : Cara top up app Grab Driver

Terdapat banyak cara nak top up app Grab Driver dan salah satu cara ialah secara online iaitu melalui epay. Epay ni memudahkan Grab Driver ...