Tuesday 5 September 2017

epay : Cara top up app Grab Driver

Terdapat banyak cara nak top up app Grab Driver dan salah satu cara ialah secara online iaitu melalui epay. Epay ni memudahkan Grab Driver kerana anda boleh top up bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Janji ada internet. Untuk pengetahuan, app UBER Driver TIDAK perlu top up seperti app Grab Driver. Pastikan anda mempunyai akaun Grab Driver yang aktif supaya anda boleh top up. 

Kenapa perlu top up app Grab Driver untuk pemandu ni? Setiap kali anda selesai trip, grab akan ambil 20% daripada tambang yang Grab Driver terima. Jika bayaran dari Grab Rider adalah melalui tunai, macam mana grab nak ambil 20%? Grab akan ambil melalui top up app Grab Driver ini (Credits). Katakan, tambang bagi satu trip adalah RM10. Grab Rider bayar tunai kepada Grab Driver. Semua RM10 Grab Driver akan ambil. Bahagian Grab sebanyak 20% dari RM10, iaitu RM2 akan di ambil dari top up grab ini. 


Cara top up app Grab Driver mengguna EPAY

1. Download app ePay terlebih dahulu.
    Android : Klik di sini
    iPhone : Klik di sini

2. Selesai install? Klik Sign Up


3. Anda perlu sign up/register terlebih dahulu. Masukkan info yang diperlukan. Selesai? klik NEXT


4. Tahniah. Anda telah selesai sign up/register. Ini adalah paparan utama bagi ePay.


5. Klik ikon Troli. Klik "Others (Grab, TMGo, Njoi)"


6. Klik Grab


7. Terdapat 3 pilihan bagi nilai top up. Sebagai contoh, pilihan yang dibuat adalah RM20. Klik Grab RM20.


8. Jika anda ingin menggunakan Kad Kredit, anda perlu pilih "Credit Card VISA/Mastercard". Jika anda menggunakan Internet Banking, anda perlu pilih "Direct Debit FPX". Sebagai contoh. pembayaran Grab RM20 menggunakan Internet Banking, pilihan "Direct Debit FPX" dibuat dan klik "PAY NOW".


9. Klik Proceed


10. Klik bank pilihan anda. Sebagai contoh, pembayaran di buat menggunakan Maybank.


11. Anda akan di bawa ke halaman bank pilihan anda. Log in ke dalam Internet Banking anda.


12. Secara automatik page ini akan dipaparkan. Anda tidak perlu membuat sebarang pilihan. Klik "Continue".


13. Klik "Request for TAC"


14. Sekiranya pembayaran berjaya, klik "Continue with Transaction"


15. Klik "Return to FPX"


16. Anda telah selesai membuat pembayaran top up Grab RM20. Anda akan kembali ke epay, Copy no Pin yang diberikan.


17. Sekarang, anda buka app Grab Driver anda dan klik GrabPay Wallet.


18. Klik Credits


19. Klik Top-up with pin.


20. Masukkan/Paste no pin yang anda dapat dari ePay dan klik CONFIRM.


21. Anda telah berjaya top up app Grab driver anda.


22. Semak baki Credits anda.


Selain itu anda boleh dapatkan no pin top up Grab di Petronas atau 7 Eleven. Selamat mencuba dan selamat memandu.


Monday 14 August 2017

Tips Persediaan Pemandu Baru Uber dan Grab

Jika anda adalah pemandu baru uber atau pun grab, sudah tentu anda memerlukan tip untuk anda mulakan atau persedian sebelum anda mula mengambil penumpang supaya anda boleh nampak macam "orang lama" ketika memandu. Jika anda masih baru dan tanpa persediaan, penumpang sudah tentu akan dapat agak anda adalah pemandu baru.

Post kali ni adalah tentang Tips Persediaan Pemandu Baru Uber dan Grab supaya anda akan lebih yakin untuk menerima "signal" atau "ping" atau "job" dan seterusnya mengambil penumpang tanpa ragu-ragu. Jika anda mahu kelihatan pro seperti otai-otai uber dan grab di luar sana, anda kena baca tip-tip uber dan grab ni sampai habis. Kami akan sentiasa update tip-tip uber dan grab ni mengikut peredaran masa dan kesesuaian.


Tips Persediaan Pemandu Baru Uber dan Grab

Ok, silalah baca dan hadamkan betul-betul tip dan panduan ini semoga urusan anda lebih mudah dan lebih yakin sebagai pemandu uber dan grabcar di Malaysia.


1. Pertama sekali, disyorkan kredit anda melebihi RM20 bagi menerima "signal" atau "ping" atau "job" bagi pemandu Grab. Jika kurang, anda boleh topup menggunakan epay.

2. Sediakan duit kecil sebanyak rm30 ke rm50 supaya senang anda bagi baki dan membuat anda tidak gelabah semasa menerima bayaran dari rider uber dan grab. 2 cara rider buat bayaran, TUNAI & KREDIT/DEBIT KAD. Sebagai pemandu kita tak tahu jumlah duit yang bakal diberikan. Biasanya jika selepas gaji, bayaran menggunakan duit sekeping rm50. Mungkin anda boleh sediakan,

RM1 = 15 keping
RM5 = 3 keping
RM10 = 2 keping

Kalau lebih pun tak menjadi masalah.

3. Pastikan korang tahu menggunakan applikasi waze atau google maps supaya senang nak pick up dan drop off penumpang. So, kalau tak biasa dengan kawasan tu pun tak menjadi masalah.

4. Pastikan korang tahu guna app uber driver dan app grab driver. Tahu mana nak tekan dan sebagainya. Boleh tengok bali simulasi dalam apps Driver.

5. Pastikan kereta korang dalam keadaan bersih. 

6. Pastikan bonet belakang dikosongkan supaya senang rider nak letak barang. Pastikan juga jangan ada barang-barang anda yang berharga takut terambil oleh rider, naya nanti.

7. Jangan cuba menggunakan GPS fake dan sebagainya yang menyalahi syarat sebagai pemandu uber atau grab di Malaysia. Nanti akaun anda kena BAND.

8. Korang boleh tunggu di lokasi-lokasi yang ramai orang seperti shopping mall, hotel dan sebagainya.

9. Tunggu kat hotel semasa check out. Untung-untung korang boleh dapat trip klia.

10. Korang mesti ada powerbank dan smartphone holder. Ini wajib.

11. Elakkan pick up dekat-dekat kawasan teksi. Keselamatan perlu diutamakan.

12. Selepas dapat signal ke klia, pastikan korang terus call rider untuk memaklumkan korang dalam perjalanan sebab rider ke airport ni memerlukan kepastian takut terlepas flight.

13. Pastikan Apps Driver Offline jika korang tak sedia nak ambil rider spt masa sembahyang dan makan dan toilet.

14. Sediakan bisnes kad untuk anda berikan kepada penumpang berpotensi menggunakan klia atau dari klia supaya anda dapat repeat rider.

Selamat memandu.

Sunday 13 August 2017

Gab Driver Training and Quiz Online

Ini adalah panduan untuk driver yang berhasrat menjadi pemandu grab melalui blog ini. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada anda dan anda adalah orang yang bertuah kerana menjumpai info yang tidak mungkin di ketahui oleh ramai orang. Tak ramai yang suka berkongsi tentang Gab Driver Training and Quiz Online - Soalan dan Jawapan ini.

Gab Driver Training and Quiz Online adalah salah satu proses untuk mendaftar sebagai pemandu grab, anda kena melalui quiz online dan anda hanya boleh salah 2 soalan sahaja daripada 20 soalan. Tetapi anda boleh ulang-ulang menjawab soalan-soalan quiz online grab ini hingga betul. Untuk memudahkan anda, di sini saya kongsikan soalan dan jawapan kepada ujian online pemandu grab ni supaya anda tidak ragu-ragu untuk menjawab soalan dan tidak keberatan untuk mendaftar sebagai pemandu grab di Malaysia.

Saya harap anda rahsiakan soalan ini kecuali dengan izin saya.


Ada 20 soalan di sediakan dan jawapan yang betul adalah yang bertanda hijau. Yang bertanda merah itu adalah jawapan yang salah.

SOALAN 1











SOALAN 2












SOALAN 3








SOALAN 4








SOALAN 5








SOALAN 6













SOALAN 7









SOALAN 8










SOALAN 9








SOALAN 10












SOALAN 11











SOALAN 12








SOALAN 13











SOALAN 14







SOALAN 15








SOALAN 16







SOALAN 17















SOALAN 18







SOALAN 19










SOALAN 20










Di harap Gab Driver Training and Quiz Online - Soalan dan Jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda rasakan saya layak mendapat kredit di atas perkongsian ini, mohon anda masukkan saya sebagai referral semasa pendaftaran pemandu grab seperti yang saya kongsikan di cara daftar pemandu grab online.


Terima kasih.

Cara Mudah Daftar Driver Grab Online Malaysia 2017

Panduan ini adalah untuk anda mendaftar sebagai pemandu grabcar di Malaysia - cara daftar Grabcar. Panduan terbaru pendaftaran driver grabcar ini bagi memastikan anda boleh mengikuti langkah demi langkah untuk mendaftar sendiri sebagai pemandu grabcar dan mula mengambil penumpang dalam masa 3 hari waktu bekerja sahaja. Ini adalah cara untuk menjadi seorang Driver Grabcar.


Mungkin anda telah sedia maklum bahawa ramai yang sudah jadi Driver Grabcar di Malaysia dan berpotensi menjana pendapatan yang boleh mencecah RM4k sebulan atau lebih secara full time. Anda juga boleh jadi Driver Grabcar secara part time sahaja dan pendaftaran pemandu grabcar ini adalah PERCUMA sahaja. Setelah pendaftaran grabcar anda di terima, anda boleh online bila-bila sahaja anda suka. Mudah sahaja. Anda tidak terikat untuk sentiasa membawa penumpang. Anda bekerja mengikut masa anda sendiri. Baca seterusnya untuk grabcar driver registration.

CARA MUDAH DAFTAR DRIVER GRABCAR DI MALAYSIA

Sebelum bermula, pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Ada ic Malaysia
2. Lesen memandu penuh (bukan P)
3. Umur 21 tahun ke atas.
4. Kereta 2010 ke atas 
    (kereta 2007-2010 perlu pergi  inspection kat HQ Grab @ Kiosk)
5. Nama anda berada dalam insuran kereta tersebut.

Setelah anda memenuhi 5 syarat-syarat di atas, ambil gambar dokumen-dokumen di bawah dengan menggunakan smartphone anda;

1. Gambar muka paras dada - jangan pakai cermin mata dan sbgnya 
2. IC (depan sahaja, jangan guna flash) 
3. Lesen memandu (depan sahaja, jangan guna flash) 
4. Cover note insurans kereta 
    (PASTIKAN ada:-
     nama anda
     nombor covernote
     tarikh tamat insurans
     nombor plat kereta
     model kereta
     tahun manufactured) 
5. Penyata bayaran uber dari email partnerskl@uber.com
    (JIKA anda adalah pemandu Uber)

Setelah sediakan 5 dokumen di atas, anda boleh teruskan dengan pendaftaran Driver Grabcar secara online di Malaysia. Sila ikuti langkah demi langkah supaya pendaftaran Driver Grabcar anda berjalan lancar. 

Sedia? Jom mulakan pendaftaran online Driver Grabcar.

>> Link terbaru untuk daftar sebagai pemandu Grabcar di Malaysia (klik sini)


Langkah 1: Isi maklumat diri anda di DAFTAR GRABCAR ONLINE

Daftar Grab Online

Drive With GrabCar

Daftar Grab Online

* Isikan nama penuh mengikut kad pengenalan anda

* Pastikan no handphone perlu bermula dengan "6", tiada "-" dan tiada "Space"

* Sila gunakan GMAIL SAHAJA - pengguna android sila gunakan email yang sama dengan Google Playstore. Pengguna IOS gunakan gmail sahaja. Pastikan anda tahu password email anda sebab selepas ini anda kena login ke email gmail anda.

* Tips semasa isi borang pendaftaran grabcar di Malaysia - sila ikut format seperti dimaklumkan


daftar grab

* Jika anda ialah driver Uber, sila pilih UberX/UberBlack. Jika tidak pilih "None-I only drive for myself".

daftar grab

* "How did you hear about Grabcar?" - sila pilih REFERRAL FROM DRIVER

* Masukkan info saya di bawah ini:

Nama referral: MOHAMAD ARIF HAKIMI BIN GHAZALE
Referral ID: 1017931

daftar grab

Terima kasih kerana memilih saya sebagai referral.

daftar grab

* Sila pilih lokasi di mana anda hendak memandu - Kuala Lumpur/Selangor, JB, Penang, Melaka, Kota Kinabalu.

* Tick "Yes, I agree" dan klik
daftar grab

daftar grab

Langkah 2: Sila semak email anda!

Setelah siap mengisi maklumat diri anda, sila semak gmail anda kerana Grab akan memberitahu anda langkah seterusnya dalam proses daftar pemandu grabcar ini. Pastikan anda boleh log in ke email anda dan anda akan menerima email seperti di bawah:

daftar grab

daftar grab

Langkah 3: Lengkapkan pendaftaran grab online

* Klik link (link nombor 1 - "Complete the driver registration form online") yang di berikan di dalam email.

daftar grab

* Langkah seterusnya akan merangkumi 3 section

daftar grab

* Pastikan anda tick:
   1) Headshot photo of yourself (selfie je)
   2) Malaysian IC (depan SAHAJA)
   3) Malaysian Driving License (depan Sahaja)
   4) Insurance covernote* and authorization letter** (if company car)/car rental agreement**) 
   5) Completed Car Inspection Checklist (bagi kenderaan 2007-2010, 2011 dan ke atas tidak perlu tick)

* Untuk item (4), pastikan  nama anda, nombor covernote, tarikh tamat insurans, nombor plat kereta,    model kereta, tahun manufactured. Klik Contoh Covernote

* Untuk item (5), Klik untuk Car Inspection Checklist (di kiosk pun ada)

 daftar grab

* Tick no (6) JIKA anda lahir pada atau sebelum tahun 1967 (seperti syarat yang tertera). Klik di sini untuk Medical Form. (nanti print, isi maklumat yang dikehendaki & ambil gambar)

* Tick no (7) JIKA menggunakan akaun bank orang lain. Klik di sini untuk Download Third Party Authorization Form. (nanti print, isi maklumat yang dikehendaki & ambil gambar)

* Dah selesai? Kalau dah klik
daftar grab

Maka bermulalah section yang pertama...

SECTION 1 : Personal Details

daftar grab

* FULL NAME (auto isi)
* Email (auto isi)
* IC Number - 
   Format yang BETUL 123456781234
   Format yang SALAH 123456 78 1234 & 123456-78-1234
* Year of birth
* Adress where you currently stay

daftar grab

* Format mobile number
   Yang BETUL 60195705978
   Yang SALAH 0195705978 @ 6019 570 5978 @ 6019-5705978
* Phone Model
* International Mobile Equipment Identity (IMEI) - Cara dapat IMEI no. Taip *#06# dan dial
* Home phone number - abaikan jika tiada
* Previous Driving Experience - Jika anda ialah driver Uber, sila pilih UberX/UberBlack. Jika tidak pilih "None-I only drive for myself".

daftar grab

grabcar

daftar grab

grab

daftar grab

* Dah siap isi semua di atas, klik

daftar grab


Okay, sekarang masuk Section 2

SECTION 2 : Declarations

* Bahagian ini adalah mengenai deklarasi anda. Tanda tempat yang sesuai. 

daftar grab

jom grab

daftar grab

jom grab

daftar grab

jom grab

daftar grab

* Dah habis baca semua boleh la tick

* Dah habis tick boleh klik

SECTION 3 : Document Upload

Section ini sangat PENTING semasa mendaftar dengan grabcar di Malaysia sebab ramai yang tak berjaya bila sampai ke bahagian upload dokumen ini. Pastikan dokumen dan gambar tu bersih dan clear.

grab upload document

* Pastikan:
   gambar selfie anda clear (jangan gunakan flash)
   ic dan lesen memandu (depan sahaja, jangan  guna flash)  dan
  cover note insurans kereta (pastikan ada nama anda, no covernote, tarikh tamat, no kereta, model kereta, tahun manufactured )

3 SECTION SELESAI 

grabcar

Langkah 4Lengkapkan Grab driver training and quiz online

grab recruitment email

* Klik link (link nombor 2 - "Grab Driver Training and Quiz Online") yang di berikan di dalam email.

Soalan berbentuk objektif. Pilihan jawapan di tangan anda. Jom buat homework sikit.

join grab

Langkah 5: Download app Grab Driver

Setelah itu, anda boleh download aplikasi Grab Driver di GOOGLE PLAY atau APPLE STORE secara percuma. 

aplikasi grab

Pastikan anda download app yang betul di mana logonya berwarna hijau seperti di atas.

Link download app grab driver untuk ANDROID
Link download app grab driver untuk IPHONE

aplikasi grab

Kalau anda cuba SIGN IN aplikasi Grab driver ni, akan tertera 'YOU ARE NOT REGISTERED '. Ini adalah normal sebab anda belum VERIFY dokumen anda lagi sehingga langkah ini.

extra cash


Langkah 6Verify dokumen anda

Anda kena verify dokumen yang anda hantar secara online semasa mendaftar grabcar ni. Anda kena bawa dokumen asal ic, lesen memandu original dan cover note insuran kereta ke HQ Grab (Jaya One) atau ke Kiosk yang berdekatan.


Setelah anda verify dokumen anda, dalam masa satu hari anda sudah boleh online menggunakan aplikasi Grab driver untuk mula mengambil penumpang. Biasanya selepas 2 jam sudah boleh online aplikasi grab driver ni.

side income

Langkah 7Selesaikan 30 trip dalam masa sebulan!

Setelah pendaftaran berjaya, anda boleh tengok Tutorial cara guna app driver grab setelah anda berjaya Sign In. Anda juga disarankan membaca Grabcar Driver Manual supaya anda lebih memahami lagi bagaimana grabcar ini boleh memberikan anda duit.

Setelah itu, mulakanlah trip pertama anda dan siapkan 30 trip dalam masa satu (1) bulan SELEPAS akaun grab driver anda aktif.

Setelah siapkan 30 trip, anda screenshoot bukti anda siapkan 30 trips dalam sebulan dan whatsapp kepada 019 570 5978 untuk saya masukkan anda ke dalam group senior untuk anda mendapat lebih banyak info untuk meningkat pendapatan sebagai pemandu Grab.

__________________________________________________________________

Itu sahaja yang anda kena lakukan untuk mendaftar grab driver secara online di Malaysia. Mudah sahaja pendaftaran sebagai pemandu grab ni. Pastikan anda ikuti langkah demo langkah yang saya telah sediakan. Jangan lupa ya, masukkan referral ID saya iaitu ' 1 0 1 7 9 3 1 ' sebagai referral anda supaya nanti saya boleh membantu anda untuk melengkapkan pendaftaran, bertanya soalan dan seterusnya cara menggunakan aplikasi grab driver ni.

Referral ID saya ialah " 1 0 1 7 9 3 1 "

Untuk mendapat info lanjut dan lebih memahami apa itu grabcar driver, anda boleh baca info panduan untuk pemandu grabcar. Banyak info berguna di dalam panduan grabcar ini seperti cara bayaran dan pendapatan melalui memandu kereta dengan grabcar. Klik di sini untuk Panduan Untuk Pemandu GrabCar. 

__________________________________________________________________

Jika anda tidak mempunyai masa nak buat pendaftaran online sendiri dan mempunyai kereta tahun 2007 ke atas dan ingin memandu di KL dan Selangor, sila whatsapp " daftar grab " ke nombor 019 570 5978.

jom grab

Saya akan uruskan pendaftaran untuk anda dengan lebih mudah.

Terima kasih kerana membaca Cara Mudah Daftar Driver Grab Online Malaysia 2017.



epay : Cara top up app Grab Driver

Terdapat banyak cara nak top up app Grab Driver dan salah satu cara ialah secara online iaitu melalui epay. Epay ni memudahkan Grab Driver ...