Monday 14 August 2017

Tips Persediaan Pemandu Baru Uber dan Grab

Jika anda adalah pemandu baru uber atau pun grab, sudah tentu anda memerlukan tip untuk anda mulakan atau persedian sebelum anda mula mengambil penumpang supaya anda boleh nampak macam "orang lama" ketika memandu. Jika anda masih baru dan tanpa persediaan, penumpang sudah tentu akan dapat agak anda adalah pemandu baru.

Post kali ni adalah tentang Tips Persediaan Pemandu Baru Uber dan Grab supaya anda akan lebih yakin untuk menerima "signal" atau "ping" atau "job" dan seterusnya mengambil penumpang tanpa ragu-ragu. Jika anda mahu kelihatan pro seperti otai-otai uber dan grab di luar sana, anda kena baca tip-tip uber dan grab ni sampai habis. Kami akan sentiasa update tip-tip uber dan grab ni mengikut peredaran masa dan kesesuaian.


Tips Persediaan Pemandu Baru Uber dan Grab

Ok, silalah baca dan hadamkan betul-betul tip dan panduan ini semoga urusan anda lebih mudah dan lebih yakin sebagai pemandu uber dan grabcar di Malaysia.


1. Pertama sekali, disyorkan kredit anda melebihi RM20 bagi menerima "signal" atau "ping" atau "job" bagi pemandu Grab. Jika kurang, anda boleh topup menggunakan epay.

2. Sediakan duit kecil sebanyak rm30 ke rm50 supaya senang anda bagi baki dan membuat anda tidak gelabah semasa menerima bayaran dari rider uber dan grab. 2 cara rider buat bayaran, TUNAI & KREDIT/DEBIT KAD. Sebagai pemandu kita tak tahu jumlah duit yang bakal diberikan. Biasanya jika selepas gaji, bayaran menggunakan duit sekeping rm50. Mungkin anda boleh sediakan,

RM1 = 15 keping
RM5 = 3 keping
RM10 = 2 keping

Kalau lebih pun tak menjadi masalah.

3. Pastikan korang tahu menggunakan applikasi waze atau google maps supaya senang nak pick up dan drop off penumpang. So, kalau tak biasa dengan kawasan tu pun tak menjadi masalah.

4. Pastikan korang tahu guna app uber driver dan app grab driver. Tahu mana nak tekan dan sebagainya. Boleh tengok bali simulasi dalam apps Driver.

5. Pastikan kereta korang dalam keadaan bersih. 

6. Pastikan bonet belakang dikosongkan supaya senang rider nak letak barang. Pastikan juga jangan ada barang-barang anda yang berharga takut terambil oleh rider, naya nanti.

7. Jangan cuba menggunakan GPS fake dan sebagainya yang menyalahi syarat sebagai pemandu uber atau grab di Malaysia. Nanti akaun anda kena BAND.

8. Korang boleh tunggu di lokasi-lokasi yang ramai orang seperti shopping mall, hotel dan sebagainya.

9. Tunggu kat hotel semasa check out. Untung-untung korang boleh dapat trip klia.

10. Korang mesti ada powerbank dan smartphone holder. Ini wajib.

11. Elakkan pick up dekat-dekat kawasan teksi. Keselamatan perlu diutamakan.

12. Selepas dapat signal ke klia, pastikan korang terus call rider untuk memaklumkan korang dalam perjalanan sebab rider ke airport ni memerlukan kepastian takut terlepas flight.

13. Pastikan Apps Driver Offline jika korang tak sedia nak ambil rider spt masa sembahyang dan makan dan toilet.

14. Sediakan bisnes kad untuk anda berikan kepada penumpang berpotensi menggunakan klia atau dari klia supaya anda dapat repeat rider.

Selamat memandu.

No comments:

Post a Comment

epay : Cara top up app Grab Driver

Terdapat banyak cara nak top up app Grab Driver dan salah satu cara ialah secara online iaitu melalui epay. Epay ni memudahkan Grab Driver ...